PORTAL RASMI

TABUNG PEMBANGUNAN MASJID DAN AMAL JARIAH JOHOR

PELIHARA masjid
PELIHARA UMMAH

Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor

Mengapa Perlu Beramal Jariah?

Setiap individu akan menemui Allah SWT biar bagaimana hebat dan tingginya kedudukan mereka di dunia ini. Antara yang dijanjikan oleh Allah SWT melalui lidah RasulNya ialah 

 

“Apabila anak Adam meninggal dunia, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” -Riwayat Muslim

 

Ini bermakna, antara yang boleh menyumbang untuk mendapat pahala yang berterusan walaupun kita sudah tiada lagi di dunia ini ialah beramal jariah, bersedekah dan menyumbang kepada kebajikan dalam bentuk material.

 

Oleh kerana masyarakat masa kini berbeza dengan masyarakat yang lalu di mana ketika itu ramai dari kalangan mereka yang mempunyai tanah yang luas dan sebagainya, maka sedekah yang dilakukan ketika itu melalui mewakafkan tanah dan sebagainya. Tetapi kini bentuk sumbangan yang sesuai ialah memalui potongan gaji atau sumbangan wang ringgit secara terus.

Renungan
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan, maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikit pun)"

(maksud surah al-An'am : 160)

Sehingga April 2025, Tabung telah mencapai 49% dari sasaran kutipan iaitu sebanyak RM6,200,000.00 bagi tahun 2025M

Jumlah Kutipan Bulan Januari - April 2025

RM 3,016,081.00

Jumlah Keseluruhan Kutipan Sehingga Bulan April 2025

RM 3,016,081.00

Jumlah Sasaran Kutipan 2025

RM 6,200,000.00

Baki Sasaran Kutipan Yang Diperlukan

RM 3,183,919.00

Kaedah Menderma

Derma Dalam Talian

Derma 'one-Off'

Merupakan satu inisiatif sumbangan secara “one-off” bagi orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan

Derma Secara Bulanan

Sumbangan bulanan adalah sumbangan melalui kaedah potongan gaji penjawat awam atau swasta

"Mewujudkan laman sesawang rasmi Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor adalah untuk memudahkan lagi orang ramai untuk menderma dan praktikal bagi era teknologi masa kini"

TUAN HAJI NASRI BIN MD ALI
PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Makluman Terkini

Membina Dan Membaik Pulih Masjid & Surau Negeri Johor

Tahukah Anda?

Seksyen 24 (4) Akta Kerja 1955, Ketua Pengarah Buruh Semenanjung Malaysia memberi “Kebenaran Am” kepada mana-mana majikan di Negeri Johor untuk membuat potongan daripada gaji pekerja-pekerja bagi tujuan Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor.

Tarikh-tarikh Penting Dalam Islam

Takwim Hijri 1446/1447

27

Jan

Israk Dan Mikraj

2

Mac

Awal Ramadhan

18

Mac

Nuzul Al-Quran

31

Mac

Hari Raya Puasa/Aidilfitri

29

Mei

Awal Zulhijjah

7

Jun

Hari Raya Korban/Aidiladha

27

Jun

Awal Muharram

5

Sept

Maulidur Rasul

Renungan
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan, maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikit pun)"

(maksud surah al-An'am : 160)

Untuk Hebahan

Buletin & Info Terkini

Hakcipta Unit Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor