
Sejarah Penubuhan
- Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 10 Februari 1999.
- Dilancarkan pada 20 November 2000 oleh Menteri Besar Johor.
- Pelancaran Potongan Gaji Tabung Pembangunan Masjid Johor Peringkat Negeri pada 30 November 2001 di Bangunan Sultan Ibrahim Johor Bahru.
- Seksyen 24 (4) Akta Kerja 1955, Ketua Pengarah Buruh Semenanjung Malaysia memberi “Kebenaran Am” kepada mana-mana majikan di Negeri Johor untuk membuat potongan daripada gaji pekerja-pekerja bagi tujuan Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor.