a) Pencarum yang ingin membuat potongan gaji hendaklah menggunakan Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah disediakan oleh pihak TPMJ.
b) Pencarum yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam Negeri Johor atau Persekutuan perlu melengkapkan borang potongan gaji yang disediakan dan Satu (1) salinan Kad Pengenalan untuk dilampirkan bersama borang caruman.
c) Hantar borang tersebut kepada kerani kewangan bahagian penggajian tempat mereka bekerja untuk proses potongan gaji melalui Sistem potongan AG dengan menggunakan Kod 4926.
d) Kerani kewangan bahagian gaji setiap agensi kerajaan Negeri atau Persekutuan hendaklah menghantar maklumat Pencarum yang membuat caruman kepada pihak TPMJ.
e) Sekiranya pencarum berhenti kerja atau berpindah atau ada penambahan jumlah caruman, hendaklah pihak agensi kerajaan yang terlibat memaklumkan kepada pihak TPMJ dengan kadar segera bagi tujuan memperbaharui maklumat di pengkalan data.
f) Pihak Tabung akan menghantar PenyataTahunan Potongan Gaji TPMJ kepadapihak majikan setiap tahun.
a) Pencarum yang ingin membuat potongan gaji hendaklah menggunakan Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah disediakan oleh pihak TPMJ.
b) Lengkapkan borang potongan gaji yang disediakan dan hantar kepada bahagian penggajian tempat mereka bekerja untuk proses potongan gaji melalui Sistem potongan EFT atau memlalui Cek ke dalam akaun Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor / No. Akaun Maybank : 551016202271
c) Kerani kewangan bahagian penggajian / HR setiap agensi swasta hendaklah menghantar maklumat Pencarum yang sudah membuat caruman kepada pihak TPMJ bagi tujuan rekod. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut ;
e) Sekiranya pencarum berhenti kerja atau berpindah atau ada penambahan jumlah caruman, hendaklah pihak agensi kerajaan yang terlibat memaklumkan kepada pihak TPMJ dengan kadar segera bagi tujuan memperbaharui maklumat di pengkalan data.
f) Pihak Tabung akan menghantar Penyata Tahunan Potongan Gaji TPMJ kepada pihak majikan setiap tahun (sekiranya diminta).
Hakcipta Unit Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor