PORTAL RASMI

TABUNG PEMBANGUNAN MASJID DAN AMAL JARIAH JOHOR

Permohonan Peruntukan Pembangunan Masjid Dan Surau Negeri Johor

Semua permohonan membina atau membaik pulih masjid dan surau di negeri Johor hendaklah dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui Pejabat Kadi Daerah.

Sehubungan dengan itu, semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Untuk tujuan permohonan membina atau membaik pulih masjid atau surau, pihak AJK masjid atau surau berkenaan hendaklah mengisi borang yang disediakan. Selepas selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, pihak AJK hendaklah mencetak borang tersebut bersama-sama senarai semak permohonan dan dihantar terus ke Pejabat Kadi Daerah untuk tujuan pengesahan.

Renungan
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan, maka baginya (balasan) 10 kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikit pun)"

(maksud surah al-An'am : 160)

Untuk Hebahan

Buletin & Info Terkini

Hakcipta Unit Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor