
MANUSIA dikurniakan pelbagai nafsu termasuk marah tetapi tidak boleh dilayan atau dibiarkan berleluasa, sebaliknya ditundukkan dengan sifat sabar kerana kemarahan antara senjata yang boleh menggugat keimanan.
Kita semua pasti pernah mengalami hari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, dibebani hutang, dan pelbagai lagi cabaran hidup. Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuaca panas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar. Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untuk melihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintih masalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?
Agama Islam menuntut umatnya agar memiliki sifat-sifat yang terpuji dan melarang umatnya dari bersifat keji. Tuntutan yang murni ini adalah bagi memastikan kita umat Islam mencapai kebahagiaan dan kejayaan hidup di duni dan juga di akhirat. Dalam agama Islam, salah satu sifat keji yang amat dibenci dan tercela ialah sifat riak.
Hakcipta Unit Tabung Pembangunan Masjid Dan Amal Jariah Johor